Friday, January 14, 2011

1.1.2011

Untuk tahun 2011 ni ME nak cerita pasal budak sekolah, al-maklumlah tahun ni anak ME yg no.2 tu dah 7thn jadi dah naik sekolah darjah 1. Nak dijadikan cerita mcm2 hal la yg terjadi masa hari orentasi & juga masa 1st day sekolah. Pening kengkawan, bukan ape risau la juga kalau ada ape2 yg terjadi masa tu, biasala kalau dah namanya ibu kan????

So bila tiba hari orentasi tu masa aku pun bergegasla bangun pagi2 cam selalu nak g kerja tu, walaupun masa tu ialah hari cuti (hari sabtu) huu huu.. malas tol nak bangun tp kerana anak ku gagahkan jua...

Masa hari orentasi tu budak2 darjah 1 tahun ni kena ambil test utk diletakkan semula kat dlm kelas yg sepatutnya dorang ni masuk. Ye la mana tak nye ada ke patut budak2 dorang main masuk je kat mana2 kelas ikut pendaftaran sape yg paling awal dpt kelas no.1 yg lambat daftar dpt kelas corot. Mana aci kan???

Mula2 tu anak aku ditempatkan di dalam kelas 1M(murni) tp aku mmg tau anak aku ni mcm mana kan so aku pun bgtau kat anak aku si Qayyum ni, suruh dia wat betul2 exam yg cikgu bg nanti, jd anak aku pun kata ok la MUMMY, so aku just doa mudah2an dia dpt jwb soalan tu dgn baik. Result utk test tu akan dpt pada hari isnin 3.1.11. Masa tu la nanti baru tau sama ada anak aku stay kat kelas dia yg sekarang ni or akan masuk kelas yg lain. Itu semua bergantung pada result test tu nanti.

Waktu budak2 menjawab soalan exam tu aku pun tgk la anak aku dr jauh je, tak tau la dia dpt tak jawab soalan tu, takut gak aku berdebar beb, cam aku lak yg ambil exam :p

Sementara nak tunggu anak aku abis exam dia tu, aku & suami g la ke kantin sekolah, mak ai ramainya la parents yg dok kat situ berpicnic. Aku pun cari la port dgn suami utk tunggu Qayyum. Tak lama tu dalam 1 jam kot lebih kurang la aku suruh suami aku g tengok Qayyum kat dlm kelas, katanya belum habis lagi, so kami ni menunggu la lagi kat kantin sekolah. Tup2 nampak budak2 berpusu je keluar dr kelas, aku pun ape lagi kelam kabut la g kelas Qayyum tgk dia ada tak kat situ, cari punya cari dia takda kat kelas dah...arghh.. mana lak perginya Qayyum ni? Risau dah ni, pasal takda ckp kat dia tadi suruh tunggu kat kantin @ mana2 tempat pasalnya tak sempat nak bgtau kat dia, mana tak nye aku lak sibuk dgn yuran PIBG, DADDY nye pula sibuk dgn urusan Buku Teks segala. Sampai lupa nak pesan kat Qayyum.

Dalam hati ni hanya Tuhan yg tau betapa cuaknya aku ni,,,nak d jadikan cerita aku teringat la kot2 dia tunggu kitaorg ni kat tempat parking, so pergi la mencari kat tempat parking sib baikla Qayyum ada kat situ if not taktau la kat mana aku nak cari. Huu..huuu... tu baru hari orentasi belum lagi start 1st day.

2010


"Selamat Tahun Baru" walaupun dah lambat wish. Anyway just nak cerita pasal tahun 2010, mcm2 hal jadi masa last year sampaila nak masuk tahun baru aritu.

Kalau kengkawan nak tau, masa bulan 12 aritu me kena sakit mata (conjunctivitis) huu huu....lama beb dpt MC mmg syok la juga walaupun boring pasal tak dpt nak kluar g jalan coz mata ku merah & kecil sebelah disebabkan sakit mata ni. Agak2 2minggu la juga baru baik sakit mata ni. Lepas me baik, anak2 lak kena, adoi....mmg sian pasal yg paling tak tahan tu si baby tu pun tak terlepas kena. Abis anak2 ku yg 4 org tu merasa sakit mata cam MUMMY dia.

Ni gambor masa kena sakit mata aritu.

Walau ape pun, byk kenangan pahit manis yg telah ku lalui pada tahun 2010. Semuanye akan jadi memory yg terindah buat diriku dan pastinya utk kalian juga.

Thursday, November 4, 2010

SUPPLEMENT


Hari ni nak cerita pasal supplement yg setiap hari ku makan, kadang2 tu rasa meluat pun ada tp nak wat camne demi kesihatan badan ku ini telan je la ubat2 tu. Kengkawan ada ambil tak supplement ni? Sure korang pun ada makan kan??? Kalau takda baik ambil la cepat2 coz al maklumlah umur kita ni makin meningkat dan badan kita ni lak makin lama semakin lemah opsss....pada mereka yg mengalami masalah badan penat la, kulit kedut la & bermacam-mcm lagi masalah yg korang ada, so aku suggest sesangat kengkawan mkn la supplement ni, bukan utk sape pun tp utk diri kita gak. Nanti kalau dah tak lawa @ sakit, kita gak yg susah. Betul tak kawan2???? (Betui3)

So ini la gambor ubat2 ku nak tayang kat korang ye. Satu lagi nak promote kat kengkawan yg mana tgh breastfeed tu aku mmg suggest ambil pil ni, bagus sgt. Byk dah member2 yg try pil ni mmg berkesan. So aku dah consume pil ni dlm 4bulan dah mmg puas hati. Jadi pada mereka2 yg nak try test pil ni boleh la contact saye.

Wednesday, November 3, 2010

Blog Update

Dah lama tul ku tidak meng-update kan blog ku ini...huu..huuu..sure kengkawan tertanya-tanya ape dah jadi kat blog ku ini, sbnrnya sungguh la kebizian yg tak terkira dr sebelum bulan posa sampai ke raya sampai la ke hari ini.... Tak habis2 dgn berbagai2 kerja yg nak kena buat. Alangkah seronoknya kalau dpt dok umah tp bergaji....hhmmmmmm....Tp kalau tak kerja takut boring la pula mcm aritu dok cuti 2 bulan masa maternity leave tu, rasa bosan lak kat umah coz dah taktau ape lak nak wat kat umah selain drp menjaga askar2 ku itu.

Utk kali ni tak dpt lg la nak cerita panjang2 tunggu la cuti panjang ni kalau sempat akan ku hap-date kan blog ku yg tak brape nak meriah cam blog kengkawan yg lain.

Anyway, nantikan entry ku yg tak tau la bila sempat nak meng-entry kan blog ku ini,,,ape2 pun korang jgn la rasa bosan ye, bila membuka blog ku yg jarang di-update ni ye.....semoga kengkawan bergumbira menyambut cuti depavali yg tak lama lg ni ye.

Akhir kata rajin2 la membuka blog ku ini walaupun tak up to date yeeee kengkawan...daaaa...

Friday, June 25, 2010

FEVER & FLU

Huu..huu....baru je nak baik, tp alhamdulillah dah semakin elok. Cuma hidung ni je lagi masih tersumbat2 dek kerana flu ku itu. Tak byk cerita nak share kat sini cuma nak bgtau kengkawan supaya menjaga kesihatan tubuh badan memandangkan keadaan cuaca di Malaysia ni makin panas. So seelok-eloknya dok la kat umah je during d weekend.

Last but not least......Jgn lupa mkn ubat ape2 yg patut...k. take care

Friday, June 11, 2010

New Blog

This is my 1st time having a blog. Never thought that i'm going to have it.
Dah banyak kali dan dah banyak tahun kengkawan suruh bukak blog tp takda masa la nak bukak, tapi akhirnya terbukak juga blog yg dah sekian lama dipertimbangkan, dan harini terciptalah sejarah blog ku ini (haaa haa....) cam tak percaya pun ada, pasalnya tak tau pun ape yg nak ditulis kat dlm entry ni.

Nothing much to say but just wanna share what i think that i can share with all of you. Hmmmmm....tak tau dah nak type ape kat blog ni, rasanya enough for today. Nanti pikir apa nak letak kat blog ni ye, daaaa......