Friday, January 14, 2011

1.1.2011

Untuk tahun 2011 ni ME nak cerita pasal budak sekolah, al-maklumlah tahun ni anak ME yg no.2 tu dah 7thn jadi dah naik sekolah darjah 1. Nak dijadikan cerita mcm2 hal la yg terjadi masa hari orentasi & juga masa 1st day sekolah. Pening kengkawan, bukan ape risau la juga kalau ada ape2 yg terjadi masa tu, biasala kalau dah namanya ibu kan????

So bila tiba hari orentasi tu masa aku pun bergegasla bangun pagi2 cam selalu nak g kerja tu, walaupun masa tu ialah hari cuti (hari sabtu) huu huu.. malas tol nak bangun tp kerana anak ku gagahkan jua...

Masa hari orentasi tu budak2 darjah 1 tahun ni kena ambil test utk diletakkan semula kat dlm kelas yg sepatutnya dorang ni masuk. Ye la mana tak nye ada ke patut budak2 dorang main masuk je kat mana2 kelas ikut pendaftaran sape yg paling awal dpt kelas no.1 yg lambat daftar dpt kelas corot. Mana aci kan???

Mula2 tu anak aku ditempatkan di dalam kelas 1M(murni) tp aku mmg tau anak aku ni mcm mana kan so aku pun bgtau kat anak aku si Qayyum ni, suruh dia wat betul2 exam yg cikgu bg nanti, jd anak aku pun kata ok la MUMMY, so aku just doa mudah2an dia dpt jwb soalan tu dgn baik. Result utk test tu akan dpt pada hari isnin 3.1.11. Masa tu la nanti baru tau sama ada anak aku stay kat kelas dia yg sekarang ni or akan masuk kelas yg lain. Itu semua bergantung pada result test tu nanti.

Waktu budak2 menjawab soalan exam tu aku pun tgk la anak aku dr jauh je, tak tau la dia dpt tak jawab soalan tu, takut gak aku berdebar beb, cam aku lak yg ambil exam :p

Sementara nak tunggu anak aku abis exam dia tu, aku & suami g la ke kantin sekolah, mak ai ramainya la parents yg dok kat situ berpicnic. Aku pun cari la port dgn suami utk tunggu Qayyum. Tak lama tu dalam 1 jam kot lebih kurang la aku suruh suami aku g tengok Qayyum kat dlm kelas, katanya belum habis lagi, so kami ni menunggu la lagi kat kantin sekolah. Tup2 nampak budak2 berpusu je keluar dr kelas, aku pun ape lagi kelam kabut la g kelas Qayyum tgk dia ada tak kat situ, cari punya cari dia takda kat kelas dah...arghh.. mana lak perginya Qayyum ni? Risau dah ni, pasal takda ckp kat dia tadi suruh tunggu kat kantin @ mana2 tempat pasalnya tak sempat nak bgtau kat dia, mana tak nye aku lak sibuk dgn yuran PIBG, DADDY nye pula sibuk dgn urusan Buku Teks segala. Sampai lupa nak pesan kat Qayyum.

Dalam hati ni hanya Tuhan yg tau betapa cuaknya aku ni,,,nak d jadikan cerita aku teringat la kot2 dia tunggu kitaorg ni kat tempat parking, so pergi la mencari kat tempat parking sib baikla Qayyum ada kat situ if not taktau la kat mana aku nak cari. Huu..huuu... tu baru hari orentasi belum lagi start 1st day.

2010


"Selamat Tahun Baru" walaupun dah lambat wish. Anyway just nak cerita pasal tahun 2010, mcm2 hal jadi masa last year sampaila nak masuk tahun baru aritu.

Kalau kengkawan nak tau, masa bulan 12 aritu me kena sakit mata (conjunctivitis) huu huu....lama beb dpt MC mmg syok la juga walaupun boring pasal tak dpt nak kluar g jalan coz mata ku merah & kecil sebelah disebabkan sakit mata ni. Agak2 2minggu la juga baru baik sakit mata ni. Lepas me baik, anak2 lak kena, adoi....mmg sian pasal yg paling tak tahan tu si baby tu pun tak terlepas kena. Abis anak2 ku yg 4 org tu merasa sakit mata cam MUMMY dia.

Ni gambor masa kena sakit mata aritu.

Walau ape pun, byk kenangan pahit manis yg telah ku lalui pada tahun 2010. Semuanye akan jadi memory yg terindah buat diriku dan pastinya utk kalian juga.